Wednesday, June 2, 2010

praktikat di jkkn perak

kali ini aku menjalani latihan industri di jkkn perak. aku seorang yang ditempatkan di sini. di sini, aku menjalani l.i dengan penuh ceria. walaupun aku ceria, tapi hakikatnya macam - macam perkara berlaku di sini. aku menjadi saksi. simpati dengan nasib rakan sepraktikal dengan aku. di jkkn perak, aku belajar macam-macm perkara. tak terkata dan tak terucap dek lidah untuk menceritakan kehidupan aku di ipoh ini. aku mengalami semua yang aku alami di ums. di ums aku bersama rakan yang sekepala dengan aku. tapi di jkkn perak ini, aku bekerja dengan rakan yang sekepala dan tidak sekepala. memang hipokrit kehidupan aku di ipoh. aku tetap tabahkan diri melalui ranjau hidup di rantauan. ini kali kedua aku mengalaminya. rasa seronok dalam dukacita. pengalaman ini mengajar aku agar terus manjadi diri sendiri.


dalam praktikal antara 4 januari 2010 hingga 18 jun 2010 ini, aku menyewa sebuah rumah di ipoh jaya. rumah ini dihuni 10 penghuni. 7 pelajar itp, 1 pelajar perubatan, 2 praktikal. kini, hanya aku seorang di rumah, sebabnya 2 sudah pindah, 7 lagi cuti semester. sewa sebulan rm120.00 tidak termasuk bil elektrik, air, dan semua keperluan rumah. rumah ini dekat saja dengan jkkn perak 15 minit memandu tapi akan menjadi 2 jam sekiranya menaiki bas. aku kecewa dengan tuan rumah. malangnya, rumah ini kerap diintip orang. sedih di hati. barang kami selalu hilang. rasa menyesal pun tiada guna. inilah tempat berteduh aku dan penghuni lain. rumah ini juga berdekatan dengan kemudahan awam seperti kedai runcit, bank, sekolah , balai polis, dan perhentian bas. sebenarnya aku belum pernah melihat rumah ini sebelum mengambil keputusan untuk menyewanya. aku menerima nasihat abah. gerak hati abah kuat. aku percaya kata-kata abah. mama pula setuju dengan pilihan abah. aku turut setuju sebab aku amat percaya abah dan mama. semenjak berlaku kes curi, tuan rumah tidak pernah datang tengok rumah ini. pintu rosak. aku dan penghuni lain rancang guna kunci sendiri. satu malam, tuan rumah telefon tanya kunci rumah. aku cakap kunci hilang, pintu rosak sebab masuk pencuri. tuan rumah pula, 'oh, macam tu ke'.


sekarang ini, aku sedang menghadap laptop menyiapkan laporan praktikal. dalam sibuk, aku sempatkan diri menulis di blog ini. tak mampu aku pendam sendirian. aku luahkan di blog ini. andai ada sesiapa yang baca. ini lah kehidupan aku. laporan aku mesti sampai ke tangan pensyarah sebelum 18 jun 2010. ini pesanan dia. dua kali aku dinilai. pada 8 februari 2010 dan 26 mei 2010. penyelia aku pula amat memahami. aku bekerja dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan kreatif.


setakat ini saja tulisan aku di blog ini 'horlicks ice'
ada masa nanti aku tulis lagi.
sekian

Wednesday, November 25, 2009

BENGKEL LATIHAN INDUSTRI

pada 23 n 24 nov '09, sume student thn3 sps, ums ada bengkel lthn industri.. mmg bosan tp sebenrye bermanfaat.. sepanjang bengkel kami didedhkn dgn pelbagai persediaan utk lthn industri lak. paling best pencermh gtau cara wat resume.. br ak fhm. rsume cr seni.. fuyoo. then, cr p tmdg. biaslh kena formal. dua hari bengkel mcm-mcm perkara dibrthau. kami dinashtkn tepati waktu, rajin, sumelh. bile dh nk hbs benkel, kami ditayangkn satu video dr dekan.. dekan p kl tym bgkl. sume lect nyanyi lagu khas utk km.. terharu. sampai meleleh air mt. lect gtau km student plg cepat tingglkn sps.. rasaye br 2 hari dtg sps dh mau pegi.. kami rasa dihargai

Friday, August 14, 2009

pertama dlm hidup

pada 13 ogos 2009 aku kehilangan telefon bimbit. puas aku fikir dan cari di mana aku tercicir phone. habis semua barang aku selongkar. masa tu aku tengah tunggu kuliah mula. dalam panik aku cuba tenangkan diri.. aku minta bantuan rakan untuk telefon phone aku. tak berjawab. aku try lagi guna phone kawan yang lain. si kawan gtau mungkin aku tertingal phone dalam hostel tapi aku sure dah masukkan phone dalam beg. dalam fikiran aku cuma ingat bas yang naik. aku memberanikan diri minta bantuan pakcik bas. pakcik bas yang baik hati tu terus cari bas yang aku naik tadi. dia tanya nombor bas. aku gatau bas nmbr 10. tapi bas tu dah masuk workshop jam 2pm. jadi, aku fikir terus fikir. pakcik bas cakap mungkin bas no 7. jadi, aku minta tolong carikan bas tu. kami guna interkom cari bas. pakcik tu cakap bas tu tengah rehat. terus dia cakap cuba tengok di tetpi jalan dekat dewan resital. sebab ada bas tengah rehat kat situ. tanpa banyak soal aku pergi cari bas no 7. aku berjalan mencari bas dan jumpa bas di tepi jalan. aku cari pemandu bas tu syukur jumpa. aku cakap aku tertinggal phone dalam bas no. 7. dia cakap tengah rehat. jadi aku tanya ada bas ni jalan jam7 pm. pakcik tu cakap ada. so aku minta pakcik tu on bas aku nak cari phone aku kat situ. aku jumpa phone aku. pakcik tu cakap nasib saya tak pandu lepas jam7 tadi kalau tak orang dah kebas..

Sunday, June 28, 2009

coba

Lirik Lagu : Cuba - Faizal Tahir


coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku
siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Thursday, May 28, 2009

sdapnya

aku kene join kaamatan negeri sabah. mula-mula ok. tapi bila dah datang ko lak. terus aku tarik diri. malas lah aku nak join aktiviti sabah yang macam tuh. memang bagus dapat tambah ilmu. tapi aku tak minat. biar lah. kalau aku tarik diri pengarah lak suruh cari ganti. buat apa/ kerana ada elaun sanggup gadai tugas yang sepatutnya aku uruskan. teruk betul. daripada aku paksa diri lagi bagus buat dono jerk. ni satu lagi pasal aku punyer praktikal bukan latihan industri k. tapi kira tugasan group. aku lak yang dipersalahkan. bukan tugas aku yang sepatutnya. sampai aku ada dua kerja. ppadahal satu lah tugas aku. dah tu pengarah lak mara-marah. siapa dia? berlagak. ingat senang nak seetle kerja macam tuh. lu peke ar sendiri. dah fakulti ndensiri buat peraturan yang membunuh. bunuh lah aku kata., aku sumpah... ingat aku siapa hah.

Sunday, May 3, 2009

kitaorg ngah rock nir

rock

rock bermaksud batu? itu dari kamus. tapi industri tanah air kata rock itu kumpulan genre nyanyian. heheh. rock juga yang sekolah aku pakai untuk tema 'malam citra pujangga'. sebenarnya ini yang aku nak cerita. best mcp kami. macam-macam aktiviti yang berlaku. ada satu aktiviti kira namanya sps books of records. peserta yang nak join kene buat tabiat tahap gaban. diaorang kene rendam kaki dalam ice seberapa lama yang diaorng mau. sampai kebas tahap gaban kaki tuh. mengeras! keras! terkeras! aku ni tak join sayang kaki ar katakan. aku tolong tengok jer. heheh