Wednesday, June 2, 2010

praktikat di jkkn perak

kali ini aku menjalani latihan industri di jkkn perak. aku seorang yang ditempatkan di sini. di sini, aku menjalani l.i dengan penuh ceria. walaupun aku ceria, tapi hakikatnya macam - macam perkara berlaku di sini. aku menjadi saksi. simpati dengan nasib rakan sepraktikal dengan aku. di jkkn perak, aku belajar macam-macm perkara. tak terkata dan tak terucap dek lidah untuk menceritakan kehidupan aku di ipoh ini. aku mengalami semua yang aku alami di ums. di ums aku bersama rakan yang sekepala dengan aku. tapi di jkkn perak ini, aku bekerja dengan rakan yang sekepala dan tidak sekepala. memang hipokrit kehidupan aku di ipoh. aku tetap tabahkan diri melalui ranjau hidup di rantauan. ini kali kedua aku mengalaminya. rasa seronok dalam dukacita. pengalaman ini mengajar aku agar terus manjadi diri sendiri.


dalam praktikal antara 4 januari 2010 hingga 18 jun 2010 ini, aku menyewa sebuah rumah di ipoh jaya. rumah ini dihuni 10 penghuni. 7 pelajar itp, 1 pelajar perubatan, 2 praktikal. kini, hanya aku seorang di rumah, sebabnya 2 sudah pindah, 7 lagi cuti semester. sewa sebulan rm120.00 tidak termasuk bil elektrik, air, dan semua keperluan rumah. rumah ini dekat saja dengan jkkn perak 15 minit memandu tapi akan menjadi 2 jam sekiranya menaiki bas. aku kecewa dengan tuan rumah. malangnya, rumah ini kerap diintip orang. sedih di hati. barang kami selalu hilang. rasa menyesal pun tiada guna. inilah tempat berteduh aku dan penghuni lain. rumah ini juga berdekatan dengan kemudahan awam seperti kedai runcit, bank, sekolah , balai polis, dan perhentian bas. sebenarnya aku belum pernah melihat rumah ini sebelum mengambil keputusan untuk menyewanya. aku menerima nasihat abah. gerak hati abah kuat. aku percaya kata-kata abah. mama pula setuju dengan pilihan abah. aku turut setuju sebab aku amat percaya abah dan mama. semenjak berlaku kes curi, tuan rumah tidak pernah datang tengok rumah ini. pintu rosak. aku dan penghuni lain rancang guna kunci sendiri. satu malam, tuan rumah telefon tanya kunci rumah. aku cakap kunci hilang, pintu rosak sebab masuk pencuri. tuan rumah pula, 'oh, macam tu ke'.


sekarang ini, aku sedang menghadap laptop menyiapkan laporan praktikal. dalam sibuk, aku sempatkan diri menulis di blog ini. tak mampu aku pendam sendirian. aku luahkan di blog ini. andai ada sesiapa yang baca. ini lah kehidupan aku. laporan aku mesti sampai ke tangan pensyarah sebelum 18 jun 2010. ini pesanan dia. dua kali aku dinilai. pada 8 februari 2010 dan 26 mei 2010. penyelia aku pula amat memahami. aku bekerja dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan kreatif.


setakat ini saja tulisan aku di blog ini 'horlicks ice'
ada masa nanti aku tulis lagi.
sekian

No comments:

Post a Comment

iktibar kepada kehidupan
jangan ada penyesalan