Friday, August 14, 2009

pertama dlm hidup

pada 13 ogos 2009 aku kehilangan telefon bimbit. puas aku fikir dan cari di mana aku tercicir phone. habis semua barang aku selongkar. masa tu aku tengah tunggu kuliah mula. dalam panik aku cuba tenangkan diri.. aku minta bantuan rakan untuk telefon phone aku. tak berjawab. aku try lagi guna phone kawan yang lain. si kawan gtau mungkin aku tertingal phone dalam hostel tapi aku sure dah masukkan phone dalam beg. dalam fikiran aku cuma ingat bas yang naik. aku memberanikan diri minta bantuan pakcik bas. pakcik bas yang baik hati tu terus cari bas yang aku naik tadi. dia tanya nombor bas. aku gatau bas nmbr 10. tapi bas tu dah masuk workshop jam 2pm. jadi, aku fikir terus fikir. pakcik bas cakap mungkin bas no 7. jadi, aku minta tolong carikan bas tu. kami guna interkom cari bas. pakcik tu cakap bas tu tengah rehat. terus dia cakap cuba tengok di tetpi jalan dekat dewan resital. sebab ada bas tengah rehat kat situ. tanpa banyak soal aku pergi cari bas no 7. aku berjalan mencari bas dan jumpa bas di tepi jalan. aku cari pemandu bas tu syukur jumpa. aku cakap aku tertinggal phone dalam bas no. 7. dia cakap tengah rehat. jadi aku tanya ada bas ni jalan jam7 pm. pakcik tu cakap ada. so aku minta pakcik tu on bas aku nak cari phone aku kat situ. aku jumpa phone aku. pakcik tu cakap nasib saya tak pandu lepas jam7 tadi kalau tak orang dah kebas..