Tuesday, February 17, 2009

boyfriend

hahaha
boyfriend boyfriend

siapa dia
kekasih hati
mataair
teman lelaki

sama tapi tak serupa
itu kata aku

ada boyfriend jauh di mata dekat di hati
ada pula jauh di hati dekat di mata
ada dekat di mata dekat di hati
ada lagi dekat dihati dekat dimata

apa hak boyfriend?
kawal?
kongkong?
jaga?
abai?
manja?
simpati?
kasihan?


fikirkanlah...

timeframe

timeframe?
ini yang aku guna pakai
untuk jadual kerja kuliah
banyak tugas aku laksanakan
penat
letih
lesu
tension
semua ada entah la

hidup jadi dah tak tentu
kesihatan pun jadi kacau
hampir aneroksia rasanya

aktiviti bukan main hebat
mana dekon
mana teater kanak-kanak
mana teater sabah
mana danau rimba
man mana man

aku tetap di sini
mencari diri dengan ilmu dunia

RAGAM TAHUN 2 MAJOR TEATER

Salam perpaduan pembuka kata
Kata disambut dengan selamat sejahtera
Kami pelajar Seni Kreatif
Pengkhususan Teater pilihan diceburi

Kami seramai 22 pelajar
Macam-macam ragam sudah sedia
Mari sini dengar cerita
Supaya terhibur duka lara

Ayu Ruhaizah wakil MPP
MPP kepada Sekolah Pengajian Seni
Jangan cuba nak dekat
Ha! Nanti ada laporan di sana sini

Weena oh Weena
Namanya selalu di sebut-sebut
Memang dah pro dalam teknikal
Teknikal mana lagi... lighting la beb

M.U...M.U...M.U...
Bukan Mancaster United
Tapi gelaran untuk Mohd. Nasrul
Dipanggil Moo katanya ikut loghat Kelantan

Dikatakan Cina nanti marah
Rupanya Sino Sabahan
Dipanggil Adeq tapi bukan anak bongsu
Itulah Asmah pemuisi kami

Norazian... bukannya Azean Erdawati
Bagai belangkas dengan Juaya
Bukan couple yang bercinta
Rupa-rupanya geng dari Sarawak

Roy dikata boroi
Entah betul entah tidak
Inilah satu lagi mamat Kelantan
Namanya Mohd. Hasrol

Alina dan Sitti Haria tinggal di IP
IP? Indah Permai nama kolej
Selalu merungut ada saja masalah
Masalah apa lagi kalau bukan bas

Rahimah dipanggil Faridah
Nama tertukar masa Syajar
Masa itu tahun satu
Tahun satu sesi 2007/2008


Kiri! Kanan! Kiri!
Ini Rostaman student PALAPES
PALAPES apa PALAPES UMS
Kalau nak tau meh lah join PALAPES

Ahmad Fadly orang Melaka
Punya nama yang tiada kaitan dengannya
Bila dah dengar tertanya-tanya
M.J? Itulah pilihan namanya

Muhammad Rezaleffendy gila glamour
Glamour tapi tak popular
Tak popular pun handal bersilat
Bila dah buka langkah berdroom orang lari

Muka nak samseng bila dipandang
Kalau dah pandang handsome pulak
Mana tak handsome kalau dah keturunan bangsawan
Siapa lagi si Awang Mohd. Amirul Awang Damit

Nuraini... ha! Inilah aku
Kalau tak kenal melampau lah tu
Watak skema memang trademark aku
Bila dah sempoi, sempoi selalu

Suka menyanyi tambah modal
Modal untuk tampung pelajaran
Bila dah nyanyi pergi kuliah
Nak tahu.. Ann Sevelen lah penyanyi kami

Lynnderajeny Kunsiong... susahnya nama
Ratu tari coursemate kami
Kalau nak ingat dia dengar-dengar lah selalu
Apalagi radio Era.fm

Ceria selalu orangnya
Mana taknya memang dah muda
Sekali pandang rasa terkejut
Inilah babie kami... Asrizah namanya

Adinan dan Azam jauh beza
Ibarat langit dengan bumi
Mereka ni ada sikit persamaan
Dua-dua kurus tapi satu panjang satu pendek

Mathilda nama ala antarabangsa
Bukan penyanyi bukan pelakon
Kalau dah minat sangat
Jumpa dia minta autograf


Nak kata atlet UMS tak sampai hati
Bukan apa memang diyakini boleh berlari
Bila dah lari katanya, stop! Tolong berhenti
Nilah dia Larry Joe, penguat tenaga kami

Inilah saja cerita kami
Buat tatapan seluruh pelusuk bumi
Jangan simpan dalam peti
Ingat ini untuk mencuit hati

Segala nama sudah diisi
Untuk diabadikan di dalam hati
Supaya terkenang dek zaman
Zaman istimewa Majalah SPS sesi 2008/2009


Ilham,
njasman